Tuesday, December 9, 2008

PRAKATA

Novel ini cuba memaparkan kisah biasa, ceritera masyarakat, perihal kehidupan yang realiti yang disulami dengan imaginasi dan rekaan pengarang. Cerita dan peristiwa dalam novel ini tiada kaitan dengan sesiapa jua, namun jika terdapat persamaan, anggaplah persamaan itu sebagai kebetulan sahaja.
Saya akan memetik beberapa fragmen novel ini untuk tatapan dan ulasan pembaca. Fragmen tersebut tidak mengikut susunan plot dan kemungkinan terpisah antara satu fragmen dengan fragmen yang berikutnya. Selamat membaca, dan doakan agar saya dikurniai idea dan kekuatan oleh-Nya untuk menyiapkan novel ini.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah, sdr, Naim! Teruskan bakat penulisan sdr. Harap-harap novel ini ada moral dan mesej yang berguna kepada pembaca.
-Peminat Novel.