Monday, September 22, 2008

Hanya Kau Yang Tahu

Kalau ikutkan rasa letih, memanglah letih sangat. Bulan puasa kan! Berat badan pun dah turun hampir 3kg! Tetapi malam ini aku tak nak tidur awal kerana sering kutancapkan dalam mindaku bahawa hidup ini bukan untuk tidur dan bermalas-malasan. Aku perlu berbuat sesuatu agar kehidupan akan lebih bermakna dan masaku ada manfaatnya.Sejak awal pagi, aku rasa bertenaga, dapat bersahur dan selepas itu berkunjung ke rumah Allah. Aku berasa hari ini stamina mindaku agak luar biasa, bagai mendapat sinergi baru yang sekian lama sirna. Aku sendiri belum mengerti mengapa jadi begini. Barangkali memang beginikah kehidupan kita; kehidupan umpama roda yang berputar. Atau semalamkah lailatulqadar menjelma … dan kau yang hadir dalam pelukanku....(Rasanya, aku ingin hidup seribu tahun lagi…. “mimpi” semalam sesungguhnya adalah realiti dan ketentuan Illahi yang tidak pernah terfikirkan oleh akal. Kaukutip dan seakan-akan kauhulurkan kembali bunga itu kepadaku setelah kaucampakkannya…. Dan kita mencipta bahagia bersama….Keterharuan hanya Kau yang tahu, ya Tuhanku. Dan adakah ini semua atas ketetapan dan kehendak-Mu jua?)