Berjam-jam berhari aku boleh
membuka pintu waktu
untukmu birapun pintu itu
terlalu rapat dan sukar
tetapi sesaat pun kau tiada
waktu untuk menjenguk
pintu itu dan memandang aku
kerana kau tiada mata
sebenarnya yang bersinar
luhur untukku
cuma apabila kian senja
dan malam gelap tiba
kau teraba-raba pintu itu
dan mencari aku
yang setia menghulurkan kuncinya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Abu Naim,
Tidak semua orang terbuka pintu hatinya, kerana kita sering kehilangan kunci yang satu itu.
Terima kasih sdr. Shapiai.
Memang benar, begitulah fitrah manusia. Agaknya lebih baik kehilangan daripada kita tidak memilikinya langsung. Yang hilang akan berganti dan mungkin akan terjumpa semula....
Post a Comment