Thursday, January 3, 2013

PEREMPUAN AHLI SIHIR

Dini hari pada musim hujung tahu, setelah sekian lama kemandulan ilham, akhirnya Filzah bercerita tentang realiti kehidupan. Dia dalam serba salah dan sugul kerana mengecewakan seseorang. Tanpa disangkanya, dia terasa telah terjebak dalam dunia cinta baru yang seolah-olah menjanjikan harapan kepada Azizi. Azizi pemuda kacak yang warak. Namun Azizi terpaksa kecewa lantaran Filzah hampir-hampir dimiliki oleh Amirul. Cerita panjang ini menimbullkan ilham kepada Faizal. Lantas terciptalah puisi kilat ini.

PEREMPUAN AHLI SIHIR
Dengan wajah suci
berbunga lesung pipi
berseri senyum mendamai hati
perempuan ahli sihir itu
sering memukau cinta
sehingga putra raja pun turun takhta
para sufi jua luruh imannya
dan akhirnya mati tersihir
meratapi kewafatan cinta
menyaksikan perempaun ahli sihir itu
melayang terbang bersama penyapunya
menyihir, menyihir, dan menyihir lagi
lelaki yang terpesona yang memburu cintanya
dan siapakah lagi mangsa sihirnya
untuk esok dan lusa
yang menunggu giliran mengusung nisan cinta.