Mencari bayang di tengah malam
meskipun terang purnama
bagaikan merenung ceritera silam
yang didengari hanyalah nyanyi
burung malam yang terbang tinggi
dan syahdunya irama memuji Illahi
Thursday, February 21, 2019
Thursday, January 3, 2013
PEREMPUAN AHLI SIHIR
Dini hari pada musim hujung tahu, setelah sekian lama kemandulan ilham, akhirnya Filzah bercerita tentang realiti kehidupan. Dia dalam serba salah dan sugul kerana mengecewakan seseorang. Tanpa disangkanya, dia terasa telah terjebak dalam dunia cinta baru yang seolah-olah menjanjikan harapan kepada Azizi. Azizi pemuda kacak yang warak. Namun Azizi terpaksa kecewa lantaran Filzah hampir-hampir dimiliki oleh Amirul.
Cerita panjang ini menimbullkan ilham kepada Faizal. Lantas terciptalah puisi kilat ini.
PEREMPUAN AHLI SIHIR
Dengan wajah suci
berbunga lesung pipi
berseri senyum mendamai hati
perempuan ahli sihir itu
sering memukau cinta
sehingga putra raja pun turun takhta
para sufi jua luruh imannya
dan akhirnya mati tersihir
meratapi kewafatan cinta
menyaksikan perempaun ahli sihir itu
melayang terbang bersama penyapunya
menyihir, menyihir, dan menyihir lagi
lelaki yang terpesona yang memburu cintanya
dan siapakah lagi mangsa sihirnya
untuk esok dan lusa
yang menunggu giliran mengusung nisan cinta.

Saturday, March 10, 2012
FILZAH: DETIK TERAMAT BAHAGIA
Hari yang paling aku bahagia. Dia dan dia, semua ada di sisiku hari ini. Bukan itu sahaja, semua yang menyayagi akau berada di sisi, meskipun masing-masing dengan peran dan makna sendiri-sendiri. Faezal dengan mukanya yang selamba, serius itu bagaikan tidak mengetahui Amerul juga ada di sisiku. Mungkin jua dia tidakkenal Amerul yang kini kian cerah, kian matang, dan kian dewasa.
Amirul pula bagaikan tidak menyedari kehadiran Faezal.
Aku tidak cukup kata-kata untuk melukiskan rasa gembira dan bahagia ini. Mereka bersalaman tanpa kata, tanpa senyum, dan tanpa rasa.
Detik itu berlalu begitu pantas.

Friday, November 19, 2010
FITRAH HATI YANG NORMAL
Menanti esok, terasa terlalu lama.
Begitulah apabila musim itu
bertandang lagi
musim bunga bagi orang
musim luruh bagi aku;
bertimbang rasanya diri
kerana seminggu dulu
musim bunga itu milikku.
Tetapi naluri dan kenormalan insan
fitrah kejadiannya memang begitu
ingin menang; resah dan gelisah.
Begitulah apabila musim itu
bertandang lagi
musim bunga bagi orang
musim luruh bagi aku;
bertimbang rasanya diri
kerana seminggu dulu
musim bunga itu milikku.
Tetapi naluri dan kenormalan insan
fitrah kejadiannya memang begitu
ingin menang; resah dan gelisah.
Thursday, July 8, 2010
Esok....
Ingat esok, teringat macam-macam
esok kita rancang
tetapi esok bukan milik kita
di dunia ini kita hanya peminjam
kita peramal cuma
merancang jua yang kita mampu
Ingat esok, aku bahagia
walaupun esok tidak pasti
Ingat esok, bimbang dan sedih jua
kerana teringat semalam
yang telah kutinggalkan.
esok kita rancang
tetapi esok bukan milik kita
di dunia ini kita hanya peminjam
kita peramal cuma
merancang jua yang kita mampu
Ingat esok, aku bahagia
walaupun esok tidak pasti
Ingat esok, bimbang dan sedih jua
kerana teringat semalam
yang telah kutinggalkan.
Wednesday, June 30, 2010
Kian Curiga
AMIRUL termenung, merenung jauh; sesekali ke utara, sesekali ke timur, sesekali ke tengah-tengah kota raya. Dalam menung yang panjang itu, wajah Filzah dibawanya bersama. Filzah ada di mana-mana; di sana, di sini, di desa, di kota, di ladang, di gunung, di lurah….
Hasrat untuk memiliki Filzah yang berdetik sejak di bangku sekolah lagi kian membara kini apatah lagi Filzah merupakan seorang gadis yang berjaya ke menara gading. Filzah juga semakin anggun, semakin matang, semakin menjadi idaman ramai lelaki. Kadang-kadang popularity Filzah menyebabkan dia menjadi bimbang. Apatah lagi Filzah diminati oleh ramai lelaki yang hebat-hebat, termasuklah pensyarahnya.
Wajarkah aku menghalangnya daripada berkenalan dan berkawan dengan orang lain? Tiba-tiba itu yang terdetik di hatinya. Rasa cemburu kian membuak-buak, bisikan syaitan kian bertiup di telinganya.
“Berkawan dengan orang lain salah ke?” ungkap Filzah pada suatu hari tatkala mereka menikmati ayam goreng di Bandar itu.
“Tak salah, tetapi abang bimbang.”
“Bukankah saya dah janji, dan kita pun sudah melalui bermacam-macam…. Dan kita pun….”
“Awak tahu tak, abang sering kecewa, kecil hati….”
“Teruskanlah, saya sedia mendengar.”

Tuesday, June 29, 2010
Puisi Dinihari Untukmu
Diari Faezal telah lama tercampak entah ke mana. Segala-galanya hanya tercatat dalam minda. Telah lama dia melupakan Filzah; sejak Perang Dunia III antara Filzah dengan Amirul tercetus. Kini perang itu telah damai, yang tinggal hanyalah debu-debu bak kemusnahan Hiroshima. Faezal melarikan diri ke langit, berselimutkan awan dan sambil memeluk bintang-bintang tatkala dinihari. Dengan penanya yang agak usang, dia melakarkan kenangan dan cerita diri dalam "puisi dinihari":
Terbang ke sangkarmu
dan masuk
kerana kau membukakan sisip pintunya
sambil menghulurkan tangan
menggenggam senyum yang malu-malu
kausorokkannya di dalam mangkuk padi huma
kegemaran sang tempua
yang seringnya bersarang tinggi
dan kini kita terperangkap
di dalam sangkar anugerah Illahi itu.
Harap-harap, apabila siang esok, Filzah terbangun lantas mencapai nota puisi ini yang ditiipkannya melalui burung yang terbang pagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)